Monday, August 24, 2009

2nd Degree

Gua baru sahaja selesai konvo dalam bidang engineering minggu lepas. Tak perlu lah di ceritakan universiti apa.

Tetapi sebaik sahaja selepas konvo, ramai orang akan bertanyakan kita dengan ayat-ayat yang sama. " Buat apa sekarang ni? " " Dah kerja ke belum? " " Kerja apa sekarang? "

Masyarakat yang menggelabah?

Tahukah kamu, kebanyakan orang menuntut ilmu hingga dapat certificate adalah untuk bekerja dan mendapatkan gaji yang lumayan?

Lumayan tidaklah kaya. Hanya lumayan. Mempunyai degree sahaja tidak bermakna gua punya tiket untuk menjadi kaya. Perjalanan masih jauh untuk kaya. Bukanlah lumayan.

Gua mempunyai Degree dalam pendidikan formal dan perlu mencari 'Degree' dalam mengejar kekayaan. Wealthy! Tetapi bukan lah semua orang punya matlamat ini dalam hidup.

Sekarang, gua tidak bekerja dan 'masih belajar' untuk mendapatkan '2nd degree'. 'Degree' that I prefer!! Gua perlukan sedikit masa.

Gua mahu rehat daripada pendidikan formal sebentar sebelum mengikut 'arah telunjuk' masyarakat. Gua ikut cara gua. Bukan cara mereka.

Thursday, August 20, 2009

Wednesday

Wednesday please no for Sheffield. It is a day for Newcastle United. Please back on the premier league!!

Sebut pasal bola sepak, it takes a long run, off 20kg before able for me to play soccer again.

Puasa kali ini, off 10kg? Perghh. Makan roti dengan telur masa puasa tahun lepas dah off 5kg, tu pun perit gua nak tahan.Kali ni nak off 10kg? Pergghhh. Lemau gua di buatnya.

Good Luck and all the best for life and also for the new targeted environment. Gua perlu balik ke Kedah untuk take a deep rest dan stabilkan balik hidup gua.

Yang lain biar masa tentukan. Sekarang zaman cakap sahaja tak guna, semua orang nak lihat bukti.

Apa yang ada di sisi gua, jangan risau, gua berusaha untuk lebih baik buat hidup gua, juga beri kesan pada sekeliling gua. Kamu perlu pasti dan yakin pada gua. Semua akan baik baik saja.

Gua tak perlu tunggu lagi, semua usaha perlu serentak kerana ramai telah meragui.

Conclusion : Semua pasal majukan hidup gua. Positif!!

Wednesday, July 29, 2009

Jika Kamu Dengar

Kau terbangun dari tidur panjang yang lelahkanmu
Sesali wajahmu merenta kisahmu terlupa
Kau sadari semua yang berjalan telah tinggalkanmu
Dan tak dapat merangkai semua dekat di khayalmu
Kau harapkan keajaiban datang
Hadir dipundakmu
Kau harapkan keajaiban melengkapi khayalmu
Kau biarkan mimpi tetap mimpi
Yang melengkapi khayalmu
Kau terhenyak dan terbangunkan
Dan harapkan keajaiban datang hadir dipundakmu
Kini waktu meninggalkanmu

~ lagu yang berlegar-legar di otak gua..kamu dengar?

Milo Panas

Project belum jalan dan dalam waktu yang sama, saving gua semakin habis.

Menjalani hidup yang baru.

Gua perlukan satu motivational mode untuk gua bekerja keras generate passive income yang dapat selesakan otak gua.

I'm moved out!

Milo panas teman gua lagi? Bukan coffee? Sigh ~

Saturday, July 25, 2009

Cheat Code

Seawalan gua mengenal internet ni, gua mula kenal dengan dial up 1515. Ya, itu 10 tahun dahulu.

Pada masa itu, rakan-rakan sebaya gua kebanyakan memang sangat cemerlang dalam dunia MIRC. Ya, chatting. ASL untuk singkatan pertanyaan age/sex/live. GTG for got to go.

Tapi pada masa tu, gua lagi senang dengan bermain game online. Strategy game yang gunakan mode versus opponent dari luar negara. Oleh sebab gua selalu tewas jika berlawan dengan gamers dari France, England and US, gua sangat berharap jika gua dapat gunakan cheat code.

Cheat code, kata kunci yang akan buat kita menang dengan resource dan point yang banyak. Contohnya, 'give me the money'. 'Gold please'. 'Rule the world'.

Oh, jika saat ini gua dapat gunakan cheat code untuk kehidupan kan bagus. Guna untuk kehidupan realiti. Gua pasti akan gunakan semua.

Satu lagi, gua sangat minat main AOE2 pada masa itu.

p/s: there is no such cheat code thing on the real life. But, you can create on your own.

Thursday, July 23, 2009

Kembali Sembuh

Kebanyakan Random Access Memory (RAM) yang gua gunakan untuk gua menghayati masa-masa dan zaman belajar gua sedikit sebanyak gua sudah delete, kerana dengan kapasiti dan ingatan cukup besar, gua akan sesat dalam otak sendiri.

Setelah selesai 'life defragmented' yang gua jalankan, banyak kisah-kisah lama dan silam yang gua berjaya ingat kembali, dan segala kegusaran gua untuk masa depan, gua sudah recover.

Dan dengan Milo sejuk yang teman gua dari tadi, gua cuba melakar-melakar dan take action on the progress.

Caffeine? Tidak perlu sangat kerana effectnya sudah sangat berlainan sekarang. Jadi, tiada lagi instant coffee terkemuka bersadur tin warna sedikit emas dengan flavor original teman gua.

Oh! jangan risau. I am back, and everything back on the right track.

Sunday, July 19, 2009

Awalan Sebuah Permulaan

Gua sudah pulang ke kampung halaman. Mungkin orang tak cakap ini kampung, sebab rumah parent gua bukan di kawasan kampung, tapi kawasan perumahan. Penduduk Malaysia biasa panggil 'Taman'. Ini bukan Putrajaya, yang namanya 'Presint'.

Gua balik mungkin seminggu, mungkin dua minggu. Gua belum decide. Banyak lagi barang di Kajang.

Actually banyak perkara yang gua belum decide. Gua pun tak tahu apa lagi yang gua tunggu. It takes time, so I'll decide later. It about my future.

Gua tak berapa sihat baru-baru ini. Demam mungkin. Habis satu papan uphamol 650 gua telan.

Banyak perkara yang sangat runsingkan fikiran gua buat masa ini. Maybe, I need some rest. Aishh, excuse lagiiiii.

Human spend so much time to describe the problem. Actually, what we have to do is spend time to describe solution of the problem. And then, take the action upon it.