Wednesday, March 25, 2009

3:10 to Die

Semalam, selepas exam habis, gua balik ke rumah, tenangkan minda. Gua pasang movie ala ala wild wild west. Cerita era cowboy di America,' 3:10 to Yuma'.

Gua rasa korang patut tengok movie tu, plot-plot yang dapat menaikkan darah dan degupan jantung pada nilai tidak normal, dan mampu membuat orang memahami nilai-nilai kemanusiaan dan nyawa yang sanggup digadai demi matlamat.

Gua pula dapat angan-angan dan imaginasi yang melampau, apabila gua menunggang motorsikal melalui lopak-lopak jalan, terhenjut-henjut, I just feel like ride on the back of horses, hold Volcanic Pistol .41 Calibre.

Musuh gua adalah pengguna-pengguna jalan raya yang memandu seolah-olah tak lepas apply Lesen L. Teori tanpa praktikal macam monyet kupas kulit kacang. Berterabur.

Gua aim tepat-tepat, dengan pantas tembak semua yang bawak macam gila tu. Gua akan tembak dekat kepala kalau tu adalah mat rempit. Pang!!

Dhummppp!! Bunyi tembak jika guna 2.1 Speaker dengan woofer.

2 comments:

eatmyshort said...

Musuh gua adalah pengguna-pengguna jalan raya yang memandu seolah-olah tak lepas apply Lesen L.

hahaha
btol2..aku paling pantang bila dah nampak kita nak lintas jalan dia bwk lagi laju padahal kereta dia jauh lagi..mcm gampang!

noheartfilin said...

haha..

kalau era cowboy, memang gua tembak terus !!

dan poster wanted gua akan ditampal di semua bar..