Ringtone standard Sony Ericsson K608i gua berbunyi. Panic. Gua patutnya bangun lebih awal untuk siapkan task yang gua dah state dekat desktop Rainlendar.
Gua angkat call, client cakap, lagi sejam nak sampai ke Tesco Kajang. Bangun saja dari tidur, terus rezeki masuk. Syukur.
Gua fikir, kena pakai kemas kalau nak jadi businessman. Kemeja, seluar jeans style season lipatan dan kasut sport. Boleh lah. Agak kemas berbanding t-shirt round kolar yang banyak gua ada dalam almari.
Habis saja briefing client, gua balik, singgah ke kedai mamak, lebih di kenali sebagai mapley seantero Malaysia.
Nescafe o ais dan Nasi Goreng Mamak ayam dah habis gua makan. Sambil termenung fikir fasal kehidupan, dan hirup habiskan caffeine gua, gua tengok mamak yang asyik mencanai tepung untuk buat roti nan.
Kemas. Berkemeja. Jeans. Dan kasut sport.
"Ahh, dia juga mungkin kategori businessman." Sama saja gua pakai macam mapley. Capai kunci, start motor dan terus balik.
Gua harap client tadi call balik untuk confirm kan amik service gua. Hope.
Riding Horse
22 hours ago


0 comments:
Post a Comment