Agak terlalu lewat gua posting pasal percutian gua. Percutian gua sangat menarik iaitu gua lepak di rumah gua, rumah asal gua, lepak dan lepak serta terus lepak tanpa pernah bosan dan tanpa hiraukan semua asap dan awan di luar sana. Kosong.
Gua suka begitu.
Otak gua kosong sambil menghadap warna-warna yang dimainkan di tiub TV. Semua gua kosongkan. Seminggu bersamaan 7 hari. Semua itu berlalu.
Pastinya, lagi dua hari gua akan kembali menghadap asap dan awan kota mati, dan teruskan nafas-nafas gua di sana. Minggu yang sangat sibuk sebelum mula bekerja.
Gua akan kembali. Kembali ke kota mati dan kembali bawa angin baru.
Percutian yang gua impikan? Seluas laut dan setenang awan. Ya, lihat laut dan putih birunya langit. Perghhh...
Riding Horse
22 hours ago


2 comments:
cambest. haha!
apa yang 'cambest' cik izzyzatt?
heh
Post a Comment