Monday, August 24, 2009

2nd Degree

Gua baru sahaja selesai konvo dalam bidang engineering minggu lepas. Tak perlu lah di ceritakan universiti apa.

Tetapi sebaik sahaja selepas konvo, ramai orang akan bertanyakan kita dengan ayat-ayat yang sama. " Buat apa sekarang ni? " " Dah kerja ke belum? " " Kerja apa sekarang? "

Masyarakat yang menggelabah?

Tahukah kamu, kebanyakan orang menuntut ilmu hingga dapat certificate adalah untuk bekerja dan mendapatkan gaji yang lumayan?

Lumayan tidaklah kaya. Hanya lumayan. Mempunyai degree sahaja tidak bermakna gua punya tiket untuk menjadi kaya. Perjalanan masih jauh untuk kaya. Bukanlah lumayan.

Gua mempunyai Degree dalam pendidikan formal dan perlu mencari 'Degree' dalam mengejar kekayaan. Wealthy! Tetapi bukan lah semua orang punya matlamat ini dalam hidup.

Sekarang, gua tidak bekerja dan 'masih belajar' untuk mendapatkan '2nd degree'. 'Degree' that I prefer!! Gua perlukan sedikit masa.

Gua mahu rehat daripada pendidikan formal sebentar sebelum mengikut 'arah telunjuk' masyarakat. Gua ikut cara gua. Bukan cara mereka.

3 comments:

sumijelly said...

tahniah la..
dh habis... pas nie x payah perah otak tuk bajar..
leh perah otak tuk kerja lak..
hehehe.......

MoShed said...

kena perah otak juga..

tetapi untuk sesuatu yang kita minat dan yakin lebih berbaloi..

University education is just experience that we paid!!

Mohd Muazan Mohsin said...

ijazah paling berharga adalah ijazah daripada jalanan atau dengan kata lain pengalaman!

Tahniah bro! Semoga sukses2 selalu k! selamat berpuasa!