Saturday, February 28, 2009

cabaran hidup buat jantung muda

"Seminggu cuti tanpa gaji wajib di ambil tetiap bulan". Menusuk kalbu gua dengar keluhan daripada abang gua. Bayangkan lah jika gaji dia sehari RM50, sudah berapa banyak terbang?

Era kejatuhan ekonomi kapitalis sedang bermula dan cabaran baru buat mana-mana anak muda yang ingin survive untuk hidup. Rata-rata orang bertanyakan yang, "betul ke kita ada masalah ekonomi? apsal aku tak rasa? "

nak rasa macam mana sbb lu tu student, bangun pagi pukul 2 petang ada hati nak sembang pasal rasa tak rasa kesan gawat ekonomi dunia. Chett..

Gua settle one by one, okay, ekonomi dah gawat, diktator dunia dah cakap plan recovery pun amik masa 3 tahun, Malaysia pula masih cakap yang kesan gawatnya ekonomi terhadap negara hanya sikit.So, adalah lebih baik mereka berterusan merebut kerusi kerusi politik kotor dengan Pembentangan Bajet Mini.

Apa isi Bajet Mini negara sempena menangani kegawatan? oh, gua tak expect untuk negara dapat menangani, survie pun jadi la. tapi boleh survive ke dengan killer solution dari bajet mini iaitu, " memperuntukan sekian-sekian jumlah wang untuk mangsa banjir"

Gua nak gelak baca isi bajet, itu namanya bukan bajet dan memang tak seharusnya diklasifikasikan dalam bajet gawat ekonomi. Ia memang perlu, tapi perlu kah dimasukkan dalam isi Bajet menghadapi kegawatan ekonomi dunia? Sesuai?

Itu dinamakan solution korupsi perut buncit dan sila makan mangkuk-mangkuk jamban yang diperuntukan tanpa hiraukan watak-watak lain. Semua kesan kebodohankecerdikan mereka akan dirasai semua golongan marhein.

Gua muak, tak perlu tunggu pemimpin negara untuk memperuntukan kita suatu solution. Jom ubah cara hidup, yeahhhhh.eh, jangan ubah cara hidup dengan mula makan ubi kayu dan tanam padi untuk periuk nasi korang, itu pemikiran golongan korupsi perut buncit.

Mari berubah dengan berusaha dan bekerja keras demi ekonomi dan masa depan sendiri. Anda bertanggungjawab atas jalan hidup yang anda pilih dan jangan mengeluh jika tak pernah berusaha.

So, gua wish luck kepada anak anak muda agar berjaya tingkatkan ekonomi sendiri demi masa depan sendiri. Oh oh oh, sound so selfish.

nota feeling : 40 resume dihantar, tiada satu pun balas. Tapi gua sudah mendapat kerja sebelum habis belajar. Rezeki oh rezeki.

Thursday, February 26, 2009

tidur dan entry posting

gua dah ngantuk, ngantuk kaw kaw... kaw digunakan oleh orang ramai serata Malaysia sebagai menggambarkan 'pekat' atau terlampau..

tapi gua tak pernah pulak dengar kisah peramugara terlampau ditukar menjadi pramugara kaw kaw..

gua take time posting sebab nak bagi kaw kaw mengantuk..supaya gua cepat tidur dan cepat memulakan hari esok..

oh...apa yang lebih nikmat dari tidur time ngantuk? jika kamu ngantuk dan pergi makan, aau buat perkara lain..hilang lah nikmat itu...

chow

Wednesday, February 25, 2009

..saat aku sudah lanjut usia..

gua tujukan puisi lagu ini buat sweetheart gua, yang gua selalu rindui tetiap hela nafas.. hak hak hak...

Saat Aku Lanjut Usia

Saat aku lanjut usia
Saat ragaku terasa tua
Tetaplah kau selalu di sini
Menemani aku bernyanyi

Saat rambutku mulai rontok
Yakinlah ku tetap setia
Memijit pundakmu hingga kau tertidur pulas..

Genggam tanganku saat tubuhku terasa linu
Kupeluk erat tubuhmu saat dingin menyerangmu
Kita lawan bersama, dingin kan panas dunia

Saat kita lemah kita saling menopang
Hingga nanti di suatu pagi salah satu dari kita mati
Sampai jumpa di kehidupan yang lain

Saat perutku mulai buncit..
Yakinlah ku tetap yang ter Sexy...yeahhhaaa
Dan tetaplah kau selalu menanti..
Nyanyianku di malam hari..




credit: SO7

update buat blogger sekalian..

gua mundar mandir dalam blog gua, juga dikenali sebagai "mantong-mantong". hanya jika kamu faham perkataan itu..

gua belek-belek lagi blog ni. Tapi tak bermaksud gua dah update. Bukan tak ada apa yang nak gua update, tapi feel menulis tu kadang-kadang hilang bila gua selalu delay..ahaha..

posting tu kadang-kadang ada dalam draft,but it was expired!! Tak baik bagi makanan expired untuk orang makan...

gua lawat blog zizou...

gua baca ulasan pasal Melayu pada masa sekarang, perghh...dah macam-macam hal yang membuatkan gua risau pasal nasib bangsa Melayu..kadang-kadang risau gua lebih daripada seorang Perdana Menteri Malaysia..lol, gua tak berapa pakar dalam politik...=p

gua lawat blog amie..

oh, baru gua teringat yang amie ada buat portfolio blog. Gua tak berapa pakar dalam hal-hal seni yang sangat estetika. gua update blogrolled gua untuk portfolio tu...Congratz amie..ada blog baru lagi..bertambah lah kerja lu nak update..haha..


perghhh, rajin betul diorang update blog..gua pun update..tapi gua manipulasikan diorang sebagai objek update..haha..iklan free neh..!!

actually,banyak lagi blog gua lawat...tapi gua malas nak ulas satu-satu..maybe your turn is next time ok? ayat omputih gua pun sudah berterabur..gua jalan dulu...

p/s: gua masih belum buat keputusan pasal blog gua menuju facebook...rasa terancam dengan hak-hak privasi gua..ambil masa untuk fikir..

Sunday, February 15, 2009

facebook dan mukabuku ..

gua memulakan projek baru gua iaitu mengumpul kawan-kawan dari social networking site yang ternama dan popular setelah friendster tidak dapat mengekalkan reputasinya sendiri.. projek gua ini adalah projek yang masih lagi samar-samar..

setelah friendster mengalami server down, broken script dan security yg tak brapa mantap, template dan interface yang dull, ramai penggiat-penggiat social networking site dah berubah arah kepada facebook...

facebook yg diasaskan oleh Mark Zuckerberg pada February 4, 2004 hanya dari dalam hostel ketika dia belajar di Harvard University. Mula-mula Mark hanya ingin membina database school sahaja tetapi disebabkan idea dan interface yang sangat menarik, dia dapat pengunjung dan pengguna yang begitu luar biasa..

jenguk muka asal facebook pada tahun 2004, KLIK SINI

On October 24, 2007 Microsoft announced that it had purchased a 1.6% share of Facebook for $240 million, giving Facebook a total implied value of around $15 billion.


Facebook.. it is a fresh idea. Gua juga sedang berusaha untuk mempelopori sesuatu yang luar biasa untuk berjaya.. Sesuatu yang luarbiasa mempunyai lebih peluang untuk berjaya..

berbalik kepada facebook, sebenarnya gua tengah memikirkan, adakah perlu gua announce-kan blog gua ini ke dalam facebook?? visitor akan bertambah tetapi implikasinya adalah kedalam privacy pemikiran dan luahan gua untuk menulis, sebab gua lagi senang jika ramai yang tidak kenali gua membaca blog gua... apa pendapat korang?



I also invite Mark Zuckerberg to give his opinion..LOL

Tuesday, February 10, 2009

..Into the Wild..

hampir 2 jam setengah gua layan cerita yang diadaptasi dari sebuah kisah benar. Mengenai kehidupan seorang manusia yang mencari erti sebuah kebahagiaan dalam kebebasan..

Cerita apa gua layan?

Cerita lama, Into the Wild, di bintangi Emile Hirsch memang menusuk kalbu gua..gua masih tak tahu apa nilai moral yang gua dapat..tapi gua dapat tahu yang kita takkan bahagia kalau kita hidup didunia secara berseorangan dengan Nature...

tapi kalau 'nature call' memang lagi bagus la berseorang..eh, bukan lagi bagus..tapi memang patut...haha..

kalau korang rasa korang nak mood korang melayang-layang sambil berfikir tentang ayat-ayat puitis kehidupan yang sering disebutkan dalam kisah ini, korang boleh la start download..ceritanya agak slow dan boleh mengantuk kalau memang tidak kena dengan jiwa korang..gua tak tahu apa sebab gua boleh jer layan cerita ni..ahah

tapi cerita ni buat gua lebih menghargai sweet smile gua, family gua, dan orang-orang disekeliling gua dan part-part dalam hidup gua.. I really really really love you all so much !!!! and I mean it !!

dan gua tak mahu jadi macam cerita ini Christopher McCandless, yang menjumpai Magic Bus...magic tetapi kosong..

Sunday, February 01, 2009

lihat, dengar dan rasakan

..Dia telah berdiri..
..Coba berlari..
..Tak pernah dia jelang..
..Hidup yang inginkan..
..Kilau hari-hari..
..Dan birunya langit..
..Terhapus rasa indah..
..Terpejam oleh lelah..

..Dalam lelahnya mata..
..Nikmat dunia menjelma..
..Sejenak dia berharap..
..Malam tanpa batas..
..Bunda selalu tanamkan..
..Jangan pernah menyerah..
..Jalani dan panjatkan..
..Kelak syukur kau ucapkan pada diri Nya..
..Kumohonkan..
..Mudahkan hidupnya hiasi dengan belai Mu..
..Sucikan tangan-tangan yang memegang erat harta..
..Terangi harinya dengan lembut mentari Mu..
..Buka genggaman yang telah menjadi hak mereka..


feeling credit:

S07