Setiap pagi kena bangun awal.
Dah tak macam dulu. Dulu, kalau bangun, lecture mesti dah start 10 minit, baru gua mandi. Sekarang, hujan pagi dah tak boleh dodoikan gua tidur. Kerja mesti kerja.
Bak nyanyian lagu band indi popular. Kerja mesti kerja, walau nak minum kopi tapi gulanya tiada. Minum saja.
Gua rasa dunia indi sekarang dah banyak pengaruhi semua golongan, tak kisah dari mana golongan pun. Ya ada buktinya. Makcik tukang buat kopi di office gua memang sangat suka lagu band indi yang tengah popular tu.
Buktinya, nescafe yang sangat kaw dan teh yang nipis, kesemuanya macam tak letak gula lansung.
Oh, walaupun sebagai budak baru di company tu, gua harap, boss tak kurangkan credit markah dan penilaian prestasi buat gua, hanya kerana gua alter nescafe makcik tu.
Maaf makcik, gua perlukan supply caffeine bergula yang cukup untuk gua tenung drawing Autocad tu lama-lama.
Saturday, April 25, 2009
Kopi Indi
Friday, April 24, 2009
Terbang Tinggi
Lagi tinggi gua terbang, lagi sakit kalau gua jatuh.
Kalau takut sakit, jangan terbang tinggi. Kalau jatuh pun tidak lah sakit sangat.
Yeahh, I take the risk, because it only way can make me fly high.
Monday, April 20, 2009
hari pertama engineer
Hari pertama gua kerja. Perkara rutin yang terjadi buat orang yang first day kerja, tidur awal, bangun awal dan sarapan awal.
Perkara yang tidak rutin dan terjadi pada gua, demam panas sampaikan tertidur time tengah belajar design.
Dari awal hingga akhir first meeting gua hari ini, semua board dan Ir. title asyik cakap bagaimana untuk kayakan company.
Eh, kan gua yang kerja. Kenapa mereka tak ceritakan pada gua untuk gua jadi kaya? Oh, lupa. We engineer, clear the path for boss.
Lagi satu, ini bukan company gua atau company bapak gua. Patut la how to become rich mereka tak pernah ajar tadi.
Friday, April 17, 2009
hari yang sibuk
Hari ini memang busy. Jika gua bertutur dalam perkataan Melayu pasar, seringkali gua gunakan kata penguat 'gila' untuk maksudkan 'amat'.
Amat sibuk. Busy gila.
As conclusion, I have no time to update interesting entry on my blog. Interesting? No, because I hate being lost in it.
Wednesday, April 15, 2009
Pakaian Gua Kemas
Ringtone standard Sony Ericsson K608i gua berbunyi. Panic. Gua patutnya bangun lebih awal untuk siapkan task yang gua dah state dekat desktop Rainlendar.
Gua angkat call, client cakap, lagi sejam nak sampai ke Tesco Kajang. Bangun saja dari tidur, terus rezeki masuk. Syukur.
Gua fikir, kena pakai kemas kalau nak jadi businessman. Kemeja, seluar jeans style season lipatan dan kasut sport. Boleh lah. Agak kemas berbanding t-shirt round kolar yang banyak gua ada dalam almari.
Habis saja briefing client, gua balik, singgah ke kedai mamak, lebih di kenali sebagai mapley seantero Malaysia.
Nescafe o ais dan Nasi Goreng Mamak ayam dah habis gua makan. Sambil termenung fikir fasal kehidupan, dan hirup habiskan caffeine gua, gua tengok mamak yang asyik mencanai tepung untuk buat roti nan.
Kemas. Berkemeja. Jeans. Dan kasut sport.
"Ahh, dia juga mungkin kategori businessman." Sama saja gua pakai macam mapley. Capai kunci, start motor dan terus balik.
Gua harap client tadi call balik untuk confirm kan amik service gua. Hope.
Monday, April 13, 2009
Pemilikan Indah
Agak terlalu lewat gua posting pasal percutian gua. Percutian gua sangat menarik iaitu gua lepak di rumah gua, rumah asal gua, lepak dan lepak serta terus lepak tanpa pernah bosan dan tanpa hiraukan semua asap dan awan di luar sana. Kosong.
Gua suka begitu.
Otak gua kosong sambil menghadap warna-warna yang dimainkan di tiub TV. Semua gua kosongkan. Seminggu bersamaan 7 hari. Semua itu berlalu.
Pastinya, lagi dua hari gua akan kembali menghadap asap dan awan kota mati, dan teruskan nafas-nafas gua di sana. Minggu yang sangat sibuk sebelum mula bekerja.
Gua akan kembali. Kembali ke kota mati dan kembali bawa angin baru.
Percutian yang gua impikan? Seluas laut dan setenang awan. Ya, lihat laut dan putih birunya langit. Perghhh...
Wednesday, April 08, 2009
semua baru bermula
Everything just started. Berakhirnya kehidupan gua sebagai seorang pelajar, dan bermulanya cabaran alam sociology moden.
Gua perlukan rehat seminggu, esok gua balik ke Kulim, Kedah. Rest seminggu. Balik ke kota mati, KL. Dan semua cabaran akan bermula.
Mari pulang ke kampung, jenguk ayah dan bonda. Oh, gua tak pernah panggil bonda pada ibu gua. I call her Mama. Lebih pendek, Ma.
p/s: take care sweetheart, I really miss you every single day of my life. Just one week okay?
Monday, April 06, 2009
Pain. Its Hurt.
Speaker gua panas menyorongkan sebuah lagu dan mulut gua kumat kamit mengikut rentak lagu. Nyanyi ikut rentak.
Happiness, it's been no friend to me,
But forever after ain't what it's all cracked up to be
Yeah I had a taste, you were my fantasy,
But I almost lost my faith when I hit reality
I don't need no guru to tell me what to do,
When you feel like a headline on yesterday's news
Nescafe tin Original Flavour beharga RM2.10 yang gua beli dari 7E lewat petang tadi gua teguk laju-laju. Gua harap ada lagi satu tin di tepi meja komputer gua. Cukup untuk supply my caffeine need.
Gua sambung lagi, nyanyian makin kuat.
Lonliness has found a home in me,
My suitcase and guitar are my only family
I've tried to need someone, like they needed me
Well I opened up my heart, but all I did was bleed
I don't need no lover, just to get screwed, oh yeah
They don't make no band-aid that's gonna cover my bruise
Gua cuba hirup lagi baki-baki nescafe yang ada dalam tin tu. Kosong. Sudah habis. gua tengok tepi meja dan menyesal sebab hanya beli satu tin. Gua tolak tin nescafe masuk bakul sampah tepi komputer gua. Volume Sonic Gear Tattoo 320 gua kuatkan.
Dan gua nyanyi nada lebih kuat. Gua screaming sama naik dengan Bon Jovi.
Come on, Come on, Come on
Give me something for the pain,
Give me something for the blues,
Give me something for the pain when I feel I'm danglin' on a hang-man's noose
Give me something for the pain,
Give me something I can use
To get me through the night, make me feel all right,
Something like you !!
That so Bon Jovi. Tak Percaya?
Gua sakit baru-baru ini. Gua tahu sebab gua tak ada invulnerability. Tak mampu control emotional confuse. Stress management gua hancur. Gua mahukan sesuatu atas semua ini.
Sunday, April 05, 2009
son of a beach ?
Gua tau ramai dah tengok video ni. Just terimbau zaman lalu, zaman muda remaja, zaman video clips ni masih popular.
Nescafe dan BBQ curry twisties teman gua siapkan 80% slide presentation untuk selasa depan.
Please do not show peace like Italian man who when to Malta. Because you can't afford to have some fork. Yeah I mean fork!
Friday, April 03, 2009
make comeback
-noheartfilin-
p/s: thanks my sweetheart because always support me.
Thursday, April 02, 2009
tidur nyenyak
Kadang-kadang gua rasa hidup ini terlalu indah untuk tidur. Tidur bermakna semua sistem di rehatkan dan hanya otak berfungsi.
Jika tidur itu bukanlah perkara yang merehatkan, gua tidak akan tidur sama sekali. Masih banyak urusan gua perlu selesaikan selain dari pada tidur.
Pergh !!
Ayat-ayat pelik berputar-putar di kepala gua disebabkan streamyx gua pula yang tidur, lembap!" Woi streamyx, gua banyak kerja la, lu gi tidur apsal? "
Selamat malam.
Wednesday, April 01, 2009
woman cooking
Gua fikir sangat best bila jadi kaya. yeahh, sangat best dan gua sangat happy. Gua boleh jelajah dunia dan macam-macam lagi.
But, first thing first.
Teringat kata-kata Brad Pitt dalam the Assassination of Jesse James.
"woman cooking be so scandal...because.."
ayat kemudian tidak dapat di ketengahkan atas sebab sebab tertentu.
kebebasan kepoyo'an
Entahlah, dalam beberapa hari ini gua rasa macam gua bebas, bebas dari segala permasalahan dan kesinambungan cerita gua sebagai student university.
Bebas!!
Buktinya. Gua on the phone. Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi, gua nasihatkan dia tidur kerana esok dia ada kelas awal pagi. Gua cakap, "tidur la, you kan student lagi"
Gua cakap dengan bersahaja, tanpa apa-apa intonasi pelik. Lancar dan sangat berkeyakinan.
Sedangkan gua tak sampai seminggu habis exam. Perghh.
Jawapan yang gua dapat kemudiannya ialah , " Poyo !! "
Gua ketawa berdekah-dekah. Sangat bebas.

