Oleh disebabkan caffeine gua yang bercawan-cawan di atas meja komputer, gua kerap kali diziarahi semut beramai-ramai.
Gua tengok semut ni betul-betul suka ikut peraturan, dan dimana ada manis, dia tetap mengikut member, sama-sama kumpulkan manisan tersebut, rajin dan bawak balik kesarang.
"Tak bahayakah caffeine pada semut?" Iklan !
Oleh sebab tengok sifatnya yang sangat 'kerjasama' itu, gua pun menaburkan makanan berupa serbuk-serbuk roti yang diimport khas dari China. Tinggi menggunung bagi semut-semut itu.
Dalam masa setengah hari, tiada lagi semut datang menghurung dan menghabiskan saki baki instant coffee gua.
Gua terfikir, mungkinkah terlalu kenyang dengan serbuk roti gua beli tadi? Oh, gua lupa beritahu semut itu apa yang gua tanya masa nak beli makanan tu.
Gua tanya, " Racun semut ada tak bro? "
Semut tu balik ke sarang, mesti menjerit, "Yang penting kerjasama? Pegi mampus la lu wonderpets !!"
Sunday, May 31, 2009
Yang Penting Kerjasama
Saturday, May 30, 2009
Sportcars dan Pantai
Ketika melintasi dan menyelit di celahan-celahan kereta di lebuh raya lingkaran kedua, gua selalu terserempak dengan kereta-kereta mewah yang tetap sangkut dalam jammed road.
Ketika itu juga, fikiran gua akan jauh melayang yang membayangkan suatu hari nanti gua juga punya kereta mewah sebegitu.
Kali ini superbike pula yang memotong gua ketika gua top speed pada 120km/h.
Gua sekali lagi dapat membayangkan jika suatu hari nanti gua dapat bermewah-mewahan dengan sportcar dan superbike begitu.
Gua dapat agak, kebanyakan orang akan berangan jika ada semua itu, tentu juga dia berangan telah menjadi boss dan mempunyai sebuah syarikat international, syarikat sendiri, atau paling tidak pun sudah menjadi boss di office.
Lain pula hal gua, gua dapat bayangkan gua berbaring ala-ala orang putih tanning, di tepi pantai yang redup dengan angin yang suam dingin, berbaring atas kerusi pantai dan melayari internet dengan tenang. Tidak punya syarikat untuk diuruskan?
Ya ! Memiliki rumah mewah, di tepi pantai dengan penuh senibina kayu dan juga fully furnished dengan perabot modern dan juga melayari internet.
Berfikir lagi, kenapa gua tidak dapat bayangkan gua mempunyai syarikat besar untuk diuruskan, tidak punya kerja. Dan kenapa semua perlu ada laptop dan connection internet?
Gua gelak sendiri atas motor.
Dan gua rasa macam nak pusing balik, u-turn di persimpangan Jalan Ampang,dan pulang ke rumah. Gua mungkin tidak perlu pergi kerja hari ini.
Lidah Kambing
Setiap Jumaat malam, adalah ketenangan buat bagi gua yang kini bekerja, makan gaji, 5 hari seminggu dan setiap hari perlu bangun awal untuk pergi ke tempat kerja.
Dua hari cuti, sabtu dan ahad pula, otak gua akan automatic calculate jadual-jadual hari cuti. Jogging pagi sabtu adalah session tetap yang gua akan letak dalam schedule.
Bahana sup lidah kambing yang gua makan pukul 11 malam semalam, session jogging itu telah cancel buat kali ke-4.
Sigh ~
Tuesday, May 26, 2009
I'll Buy the Club

When profit on the investment di bolak balikkan dengan revenge on the fan and club, Mike Ashley perlu balik ke neraka. He such no investor.
Gua harap Shearer menjerit "pergi mampus lu Mike Ashley"
dan gua menyahut, "biar gua saja beli club ini ya Shearer?"
Pagi Yang Terang
Jarang sekali gua mendapat nikmat pagi selasa atau mana-mana pagi weekdays yang gua boleh duduk depan desktop engine AMD dan update blog.
Pagi ini gua perlu turun ke site perumahan dan belajar tentang selok belok consultancy company dalam sesebuah projek perumahan. Tak perlu gua rushing merentasi MRR2 dengan tayar yang sedikit botak berbekalkan 'ipod otak' di mana gua perlu nyanyikan sendiri playlist lagu yang gua minat.
Yup! Kerja luar lagi selesa daripada kerja di office.
Tapi, gua lagi selesa jika berada di workstation gua di rumah dan memikirkan 1001 jenis blog yang gua perlu update dan bina.
Monday, May 25, 2009
From Newcastle Fans Heart
Status facebook gua pukul 1.10a.m hari Isnin
Toons army frustrated. all the best on the other division Newcastle!! and the last thing, " f*ck y0u mike ashley !!"
Sunday, May 24, 2009
Angin Baru
Since April 2006 gua blogging, baru la gua dapat show off sikit gua punya profile untuk blogger. Profile gua.
Off course this will drive noheartfilin blog traffic.Yeahh!
Kiri dan kanan blog makin semak, I wish to keep it simple. More simple than this one. Facebook badge juga akan wujud.
Modern blogger? Yang pasti, gua masih guna template lama untuk blog ini. Masih perlu adjust HTML code.
Next Investment
Semua sudah siap. Workstation gua dirumah sudah siap. Gua perlukan satu lagi mobile workstation yang gua boleh singgah di mana-mana.
Sebab gua tengok macam cool, orang lepak di kopitiam, atau mana-mana so called coffee house yang mempunyai wireless internet connection. Gua lepak mamak pun tak kisah.
Tapi, matlamat gua bukanlah nak orang nampak cool, gua perlukan laptop untuk tujuan promosi dan tujuan-tujuan lain. Kadangkala gua perlu berjumpa dengan client dan perlu meyakinkan mereka dengan service atau produk yang kita jual.
My business life get to expand with the laptop.
95% business life gua sangat bersangkut paut dengan internet. So, the next target, invest untuk laptop pulak.
Yap, change your point of view. It is such an investment for me. Any suggestion on the model?
Saturday, May 23, 2009
Kontroversi Blogger
Tajuk entry , 'buat duit dengan blog' memang betul-betul kontroversi. Gua tak paksa semua orang percaya. Gua hanya bagi idea. Nak kaji total? Nak detail explaination? Google Search kan ada.
Kenapa gua tidak terangkan semuanya disini?
Gua bagi contoh, jika anda berjumpa dengan jutawan hartanah, lalu anda tanya, bagaimana nak jadi jutawan hartanah? What you expect? Jawapan dalam satu blog entry?
It take time, and it takes step.
It is not so simple. Semua bukan mudah.
Sebab itulah gua perlukan suatu blog ceritakan pasal business life yang gua dah ceburi. Gua boleh explain detail, satu-satu disitu.
Sekarang gua hanya bagi idea. Nak cepat pergi kaji sendiri. Gua pernah jumpa satu blog yang hanya ceritakan tentang dirinya, hidupnya. Lucky him, dia memang seorang penulis,menjadikan entrynya sangat menarik.
Sehingga syarikat pelancongan singapore pun memang ingin advertise dalam blog dia.
Blogging is not about writing, it is about entry posting.
Blog! Walaupun hanyalah sebuah blog, walau hanya cerita pasal maggi. Anda boleh manipulasi menjadi sebuah medium pengiklanan terbaik. Cuba fikir, dari mana newspaper dapat jana duit? Fikir!
kembali diatas normal
Bagi gua, internet ini satu-satunya gua punya entertainment medium yang gua tak boleh tinggal. Ada orang suka tengok TV, suka astro, suka game, suka PlayStation.
Bagi gua, cukuplah hanya connection internet 384kbps. Internet, connection tanpa sempadan. Ya, gua memang akan pergi tanpa sempadan. Pergi ke serata pelosok dunia. Pergi ke serata pemikiran dan sudut otak manusia dunia, belajar segala ilmu.
Ya, itu memang hiburan.
Baru-baru ini, internet gua problem seminggu. Semua menjadi tidak kena. Nescafe tin yang gua rasa sedap, sudah jadi pahit.
Semalam, semua sudah normal. Line DSL stabil.
Okeh, lepas entry ini gua mahu masuk yahoo. Semua harus nampak apa yang gua nampak.
Gua sudah di atas normal.
Wednesday, May 13, 2009
Buat Duit Dengan Blog
Dalam perjalanan pulang dari satu site visit untuk hantar construction drawing kepada contractor tadi, senior engineer gua mulakan cerita.
"Letih betul, kalau boleh bekerja dari rumah kan best." Nada mengeluh. "Sekarang aku dengar buat blog dan main internet pun dah boleh buat duit, betul ?"
Gua jawab, ringkas "Yap!"
"Perghh, macam mana tu?" tanya dia lagi.
"Mudah saja, ceritakan tentang hari ini kau makan Maggi dalam blog,"jelas gua.
"Perghhhhhhhh,mudah gila," engineer gua excited.
"Yap,ceritakan dengan menarik," sambung gua,simple.
Nak seribu daya, tak nak, jangan buat. It's rule. Jual batu pun boleh kaya.
Tuesday, May 12, 2009
Friendship Investment
Investment in friendship. They always buy my share holder at higher price. They keen to become stupidity when hear about 'chicken little phenomena' and they rather sell it at lower price.
They don't even know a little about investment. You have to buy low and sell high.
So,I just pay them cheaper cause they really worth it.
I hope they sell it at zero, because I have waste to much time and money to buy my share back.
Even 1 bucks or a penny, it was a non-profit investment.
So, back off loser!!
Escape Drop Zone
Newcastle menang dengan Boro 3-1.
Perghhh.
Keluarlah dari relegate zone. Gua mahu tengok shearer season depan.
Misi Baru
Terlalu banyak update dan entry yang gua post dalam otak kebelakangan ini. Gua berazam untuk selalu update selepas ini. Ini mungkin azam dan semangat yang gua telah post dalam otak kali berapa ratus.
Gua selalu post ketika pagi, dalam perjalanan menjadi 'kuli orang' dan juga waktu balik merentasi Lebuhraya MRR2.
Quantity tidak penting, yang penting kuanliti? Bagi gua sama penting.
Gua mulakan posting hari ini dengan post entry ini.
Publish!!
Sunday, May 03, 2009
Jam 1058 hari Ahad
Kejayaan untuk menjadi blogger yang bagus ialah kekerapan update. Jika anda tidak dapat memenangi hati pengunjung dan pembaca, atleast anda dapat memenangi hati search engine.
Gua belum berjaya kerana update yang sangat kurang. Tetapi gua ada 2 post masih dalam draft yang belum post.
To many thing happen lately, gua dah pindah ke kondominium mewah. Sangat busy. Kemas rumah dan deal dengan hidupan-hidupan muka bumi.
Oh, belum habis kemas. Gua perlu sediakan office gua dengan kondisi terbaik sebelum berani menjana income yang lumayan.
What a life? yeahhhhhh

